“Kekasih atau sahabat, dan tidak kiralah siapa
dia once kita lukakan hatinya, maka selama-lamanya dia akan
merasakannya.”
Kenapa perkara itu berlaku? kekadang
kita merindukan dirinya, siapa dia sebelum itu. Tapi bila kita telah banyak
lukakan hatinya, maka dari situ dia juga akan berubah untuk cuba menjauhkan
dirinya dari kita. Ya, bagi saya sendiri bila selalu dikongkong maka saya juga
bertindak sedemikian. Kita berubah kerana kita sudah mengenali sikapnya. Ya,
mungkin sikapnya sendiri yang membuatkan kita tidak selesa, BUKAN kah
begitu?? Mungkin korang tidak faham apa yang cuba saya sampaikan. Hahaha..
maklumlah tetiba dalam pembuka bicara sudah masuk kepada luahan dan isi yang
lazimnya disampaikan sewaktu berada di climax dan mungkin juga
pada peleraian cerita.
Dalam certia ini saya lebih suka untuk gunakan sahabat sebagai suatu
perkongsian. Kenapa sahabat dan bukannya kekasih? Kehidupan saya di Institusi tinggi
adalah lebih kepada sahabat, maka adalah tidak keterlaluan jika sahabat adalah
skop penceritaan saya. Di universiti kita akan berjumpa dengan pelbagai ragam
manusia. Mungkin sahaja kita boleh katakan bahawa dia adalah ibarat permata di
hadapan kita, tetapi di belakang dia ibarat sampah yang tidak boleh di recycle semula. Woo.. ganasnya ayat. Dalam cerita ini,
saya akan kongsikan sedikit pengalaman peribadi saya sendiri. Mungkin ianya
tidak bermakna bagi mereka ya tidak pernah mengalaminya dan mungkin dalam
konteks lain, tetapi bagi mereka yang pernah adalah amat menarik untuk dibaca.
Suatu peringatan, kecewa tidak bermakna kita akan jatuh, bagi saya
kecewa adalah satu pemangkin untuk saya bangkit semula. Saya boleh katakan
prestasi akan meningkat, jika dari kekecewaan itulah kita mula bangkit. Kenapa
saya katakan sedemikian?... Ini terbukti pada diri saya sendiri. Saya tidak
mahu bercakap besar, tetapi ia adalah suatu kenyataan. Setiap sem keputusan
yang saya terima adalah 3.5 above. Kenapa??... kerana saya bangkit melalui
kekecewaan. Justeru itu, saya boleh katakan bahawa kecewa tidak bermakna kita
akan jatuh, sehingga kita lupa tanggunjawab sebenar yang sepatutnya digalas di
institusi tinggi.
Kekadang di universiti kita akan dibodohkan oleh sahabat kita sendiri.
Pengalaman saya sendiri ditipu dan diperbodohkan. Kah saya salah?, saya
bukanlah budak-budak yang belasan tahun, tetapi adalah cukup lebih matang
daripada itu. Saya pernah berazam untuk menjadi seorang forensic dan kaunselor tetapi hajat tidak tercapai. Namun beberapa basic telah saya pelajari, jadi untuk
mengetahuan psikologi dan rentak pemikiran seseorang mungkin boleh dicam.
Lebih-lebih lagi jika perkara itu selalu berulang. Dalam konteks ini, kita boleh lihat dari segi pertuturan dia
terhadap kita. Seolah-oleh timbul satu rasa paksa untuk dirinya berbual
dengan kita. Tetapi tidak dengan orang lain, perkara ini sebenarnya yang
membuatkan kita makan hati. Kita bukanlah mahu dilayan , tetapi cubalah
berterus terang kerana ia adalah satu perlakuan yang sangat rude.
Kita manusia, tetap punya perasaan jadi kenapa perlu berpura-pura dengan
sahabat sendiri.
“Berubah” …..Manusia akan berubah
bila-bila masa sahaja. Apabila sudah mendapat kesenangan dari pihak lain, maka
berubahlah perangai. Suatu pengalaman peribadi, di universiti ada seorang
sahabat. Dia berubah semacam sahaja. Dulu perangai tidaklah sedemikian, tapi
entahlah .. Bila diajak keluar, peh macam-macam alasan yang diberi. (Mungkin
sibuk sangat kot).. Sebenarnya saya sudah tahu jawapan yang akan diberikan
sebelum inbox lagi, tetapi saya cuba
dan cuba kerana saya jenis orang yang tidak akan putus asa. Haahahaha… kelakar
bukan.. Lepas tu bila di whatsapp,
kalau boleh terus scroll dan tidak
mahu baca. Jangan cuba perbodohkan orang kawan, dunia sekarang adalah zaman
digital. Boleh tau bila masa kita online
dan offline.. Bagi saya dalam konteks
ini, adalah lebih baik terus terang. Cakap sahaja saya sibuk dan beritahu hal
sebenar, jangan membuatkan orang lain akan tertunggu dengan sikap kamu yang
pentingkan diri. Saya sibuk bahkan lebih banyak bebanan yang ditanggung, tetapi
tidak sanggup juga saya menipu. Lepas itu, yang bikin menyakitkan hati bila
ajak keluar tidak mahu, tapi bila kita
keluar ada pula nampak dia sambil tersenyum-senyum lagi. Wooww… apa perasaan
korang??.. kenapa tidak cakap macam ini sahaja.. “saya malas mau keluar sama
kau, saya mau keluar sama orang lain” kan senang cerita. Bukan kah itu
menyakitkan.??
DAN YANG PALING MENYAKITKAN, LANGSUNG
TIDAK PERNAH RASA BERSALAH PULA. SEKURANG-KURANG CUBALAH MINTA MAAF. ( haha..
macam mahu minta simpati pula ne). Betul kata orang, kekadang orang yang kuat
ketawa adalah orang yang banyak masalah. Mungkin saya adalah kategori itu,
sebab apabila berjumpa dengan sahabat saya akan terus senyum dan ketawa
kegembiraan.
Sebenarnya dalam laman sosial pun kita
boleh tahu, siapa sahabat kita yang sebenar. Dalam konteks ini saya cuba
ceritakan beberapa perkara. Bila post di Wechat
dan Facebook dia seolah-olah
macam tidak nampak status kita sahaja. Adakah itu yang dinamakan sahabat?...
kalau rasa macam bukan sahabat kenapa tidak remove
terus dari friend list. Saya
bukanlah mau minta like, komen dan lain2, tetapi cubalah buat macam kawan sebenar.
Facebook dan wechat adalah medium untuk kita berinteraksi dan mungkin juga bershare2.
Saya kecewa bila ada sahabat seumpama ini. Bila kita cuba tag nama, terus laju2
dia pergi remove, bila kita share something n tag nama dia, buat tunggul dan
abaikan pula benda itu. (terus buat macam tidak bersalah kalau jumpa depan2,
F**K). Apa perasaan korang, tidak kah perkara itu rasa syok sendiri? Saya
cadangkan kalau tak suka orang tu ada dalam friend list korang, mungkin boleh
remove sahaja. Nanti kawan yang makan hati, kenapa??.. yalah bila orang yang
tidak dikenal, rajin pula meng “Like”, tapi bila sahabat dia sendiri adalah
hina untuk dia “Like”. Haha.. bukan
mau minta like ok, tapi ibarat kamu tiada fungsi dalam ruang sosial saya,
berbezalah jika kamu langsung tidak kenal siapa saya.
Seperkara lagi, apabila membuat
surprise dengan sahabat kita. Sebenarnya inilah cara kita untuk meminta maaf
terhadap kesilapan yang pernah kita lakukan sama ada secara sengaja atau tidak.
(Kah mungkin dia tidak sedar?.. kah dia fikir ada niat lain??.. jangan perasan
lah) Tiada niat lain ok…..Tapi apakah dayanya, sama sekali tiada makna bagi
dia. Di sini saya bukanlah mahu meminta balas terhadap apa yang saya lakukan,
dan saya tidak perlukan ucapan terima kasih yang keluar dari bibir orang tu.
Benda ini bukanlah saya mahu ungkit, sama sekali tidak (SUMPAH)!!!!!. Benda
yang dilakukan adalah ikhlas untuk menebus apa-apa kesalahan. Ibaratnya ini
adalah cara saya untuk memujuk kembali perasaan orang tersebut. Tapi apa yang saya dapat?, langsung tiada
reaksi, malah sikap yang sama juga ditunjukan. Sebenarnya apa yang saya mahu
adalah PERUBAHAN, jadi cubalah terus terang apa yang membuatkan diri kita tidak
selesa.
Bagi saya berhadapan dengan orang
begini, buatlah macam biasa ja.. Cuba pujuk dan cari topik perbualan yang boleh
membuatkan dia selesa. Memang bukan mudah untuk memujuk perasaan orang semula.
Emm.. apa2 pun mungkin punca daripada diri sendiri juga..
Adakah terlalu panjang saya bercerita,
hahahaa… sebenarnya ianya lahir secara spontan dan saya menulis selama 1 jam
lebih sekadar untuk meluah perasaan. Hahaha.. Apa-apa pun saya minta maaf
kepada insan tersebut, tegur saya dimana kesilapan saya bukan dengan cara cuba
untuk menjauhi. Saya akui tindakan saya mencoretkan di ruang blog ini adalah
suatu yang tidak matang, tapi adalah lagi tidak matang jika saya kongsikan di
ruang sosial seperti facebook dan wechat. Perbaiki kelemahan diri sendiri
dengan bantuan orang lain adalah lebih ideal, daripada terus berpura-pura baik
dalam persahabatan. Ingat dunia ini adalah terikat dengan teori kitaran, tidak
kiralah apa agama kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan